Wednesday, May 27, 2009

REFRIGERATED BOX



MTB145 (4.5t) with refrigerated box. Panjang badan adalah 10 kaki. Bahagian dalaman boleh dibahagikan kepada beberapa kompartment mengikut kesesuaian pelanggan. Manakala sistem penyejuk beku boleh diselaraskan daripada -25 hinggalah 30 darjah. Bagi sub engine yang digunakan bagi penyejukkan terdapat dari model terkenal seperti Thermo King, Mitsubishi hinggalah kepada buatan China dan harga bergantung kepada mutu dan ketahanan sesuatu model penyejuk tersebut.

Biasanya bagi model lori 4 tayar ini (tak kira apa jenama) apabila dipasang sistem penyejukan untuk badan lori maka sistem penghawa dingin bagi cabin hadapan terpaksa dicabut. Walaubagaimanapun, dengan sedikit modifikasi dibuat, maka pemandu akan mendapat kedinginan dan keselesaan memandu.

Biasanya para jurujual menawarkan model yang basic sahaja bagi kegunaan pelanggan. Malah pelanggan inginkan model yang murah tetapi mempunyai ketahanan yang maksimum. Ingat anda membayar mengikut apa yang anda pilih....Terdapat mereka yang membekalkan kotak sajaha, membekalkan kotak dengan sub engin sahaja dan paling high end dengan electrical stand by unit. Anda pilih sendiri mana yang bersesuaian dengan keperluan kerja anda dan ketebalan poket anda..

Tuesday, May 26, 2009

MOBILE SHOWROOM

TRAFFIC DIRECTIF

use by tokyo metro police ase a traffic directif

Kenderaan yang digunakan oleh pihak Jabatan Polis Jepun sebagai penunjuk arah bagi penutupan sesuatu jalan dan sebagainya . Selain itu ia juga terlibat dalam operasi sekatan jalan raya dan lian-lain tugasan lapangan. Ia juga digunakan sebagai paparan maklumat yang berkaitan dengan tugasan kepolisan seperti sebaran maklumat tentang orng hilang, kes jenayah setempat dan sebagainya.

Dimuatkan diatas chassis Isuzu FSR, kenderaan ini dilengkapi dengan skrin paparan LCD di bahagian belakang dan alatan siaraya bagi memaklumkan tentang sesuatu maklumat terkini. Ia juga digunakan bagi memaparkan tanda arah pergerakan trafik serta lencongan yang dibuat.

SUPER AMBULANCE

ISUZU C series - super ambulance owned by Japanese disaster agencies Kenderaan ini merupakan hospital bergerak. Ia boleh dioperasikan di medan dengan sedikit persiapan dalam tempoh yang singkat. Dimuatkan diatas chasis Isuzu 'C' series kenderaan ini mempunyai pacuan 6X4 dengan pilihan 6X2. manakala panjang badannya dianggarkan 30 kaki panjang dan dilengkapi dengan 'air-suspension'. Badannya boleh dilungsurkan bagi menambah ruangan kerja. Konsep kendiri kenderaan ini membolehkan ianya beroperasi dalam jarak yang jauh dari pusat operasinya tanpa bantuan dari lain-lain kenderaan. ini kerana peralatan yang mapu dibawanya lengkap sehingga ia boleh melakukan pembedahan medan.

D-MAX LIGHT RESCUE VEHICLE

Dmax light rescue vehicle owned by Civil Defence Singapore. Kebelakangan ini trend pasukan penyelamat menggunakan kenderaan jenis ini bagi menjalani tugasan menyelamat. Di Malaysia, Pihak Bomba dan penyelamat telah mempelopori usaha dalam menggunakan ini dalam menjalankan tugasan ini. Malah Isuzu Dmax telah menjadi salah satu 'light resque vehicle' yang telah diubahsuai dan dilengkapi dengan peralatan memadam dan menyelamat. Berbeza dengan Toyota Hilux milik Bomba yang lebih menjalankan tugasan am, Isuzu Dmax milik mereka dilengkapi dengan peralatan khusus dan canggih bagi menjalankan tugasan mereka.


Selain dari Bomba, pihak JPAM juga menggunakan kenderaan seperti ini dalam tugasan mereka namun lebih kepada kegunaan am sahaja. JPAM misalnya hanya menggunakan Isuzu Rodeo bersertakan canopy, winch dan kit off road yang mudah sahaja. Tiada pengubahsuaian yang extereme dilakukan bagi menepati tugasan mereka . Ianya lebih kepada general services sahaja.

MOBILE KITCHEN

MTB170UV (7.7t) mobile kitchen owned by Ayamas Bhd Sekali imbas ianaya seperti lori-lori box lain, namun ianya sebenarnya adalah sebuah dapur bergerak bagi mempromosikan dan memasarkan produk keluaran syarikat mereka. Trend pemasaran syarikat-syarikat sekarang yang membawakan makanan kepada kita yang sibuk seharian ini, Ianya lengkap dengan segala keperluan untuk memasak, menggoreng, memanggang hinggalah urusan penjualan dan pembelian. Kita tidak lagi perlu beratur dan berbaris serta mencari lokasi restorannya untuk mendapatkan makanan ini kerana mereka datang hampir dengan kita.

Dimuatkan diatas chassis Hicom Perkasa MTB170UV, dengan BDM 7,700kg kenderaan ini tidaklah terlalu besar untuk memasuki lorong dan jalan sempit di sekitar taman perumahan. Malahan ianya dibawah kategori bukan kenderaan yang dilarang memasuki Kuala Lumpur dalam tempoh tertentu.

ISUZU FSS 4X4 GENERAL CARGO SERVICE

Isuzu FSS 33g (10t) -4WD - general cargo service owned by JPA3
Kenderaan ini haanya digunakan oleh jabatan tertentu sahaja di Malaysia terdapat juga beberapa syarikat swasta menggunakan kenderaan ini dalam tugasan mereka. Dengan kekuatan enjin 8.2 c.c. serta pacuan 4 roda, kenderaan ini dilihat banyak digunakan oleh agensi keselamatan negara. pun begitu terdapat beberapa perbezaan diantara kenderaan yang digunakan oleh pihak tentera dengan agensi keselamatan yabng lain.
Gamabar diatas menunjukkan kenderaan milik JPAM (dalam skima warna jabatan yang lama) ianya adalah untuk tugasan am dan dilengkapi dengan winch dibahagian belakang. Kenderaan ini boleh menarik bebanan sehingga 5 tan. Dengan ketinggian yang tinggi, kenderaan ini berupaya mengharungi air sedalam 1.5 hingga 2 meter.

BOX VAN WITH TAIL LIFT

MTB 170UV (7.7) box van with 1.5 t tail lift Kenderaan ini senang untuk kita melihatnya. Box Van yang dilengkapi dengan tail lift . Bagi industri pengangkutan lori box ini dilihat lebih selamat dalam mengangkut barangan. Ini kerana barangan akan selamat dikunci didalamnya dan tidak perlu risau akan kecurian berbandingan dengan lori kargo biasa. Bagi kategori ini taillift yang biasanya dipasang adalah sedari bebanan angkatan 750 kg hinggalah 1.5 tan. Penggunaan tail lift akan mengurangkan tenaga kerja dan meringan serta memudahkan pekerja mengangkat barangan masuk kedalam atau memunggah keluar dari lori.

Tail lift ini mempunyai pelbagai jenama dari negara asal, bagi yang murah, beberapa jenama dari China boleh didapati namun dengan mengeluarkan lebih sedikit perbelanjaan, anda akan dapat menggunakan jenama dari eropah yang lebih berkualiti dan tahan lasak.

CURTAIN SIDER

MTB15DXL (5t) corrugated box curtain sider. Senang untuk memunggah dan memuatkan muatan. Amat digemari oleh transporter. Model yang ditunjukkan dalam gambar adalah model MTB 1650DXL yang panjangnya 17 kaki. Optionnya 20 kaki. Boleh dilengkapi oleh side railing dibahagian dalam body.


Bagi Model Isuzu NPR66UPL,ULH,UPH (5,000kg hingga 7,700 kg) juga boleh dilengkapi dengan box curtain sider ini. tentang harga, mahal sikit dari box curragated box. Canvasnya perlu dijaga dan diganti mengikut keadaan. Kos ganti bagi canvas ini juga bukan murah....so kalau nak pakai kena fikirkan tentang projek yang mensyaratkan pemakainanya sahaja. Jangan buang duit pada perkara yang kita tak perlu.


Badan kotaknya boleh dibuat daripada jenis aluminum biasa mahupun jenis corrugated. Saya cadangkan pakai corrugated box lebih tahan. Lantai biasanya dipasang denga plywood jenis water proof. Ada owner pasang extra denga pasang MS plate hinggalah stainless steel (owner yang poket tebal) ukuran dari 0.5 mm hinggalah 3.0mm. Buat masa sekarang pemasangan ini perlu mendapatkan kelulusan dari Jabatan Kejuruteraan JPJ Putrajaya. dan perlu dibuat pemeriksaan khas di puspakom dan dicop sah oleh JPJ negeri.




CORRUGATED BOX


FSR33P (11t) corrugated box owned by KTM Distribution Sdn. Bhd.

CARGO WITH CRANE



FSR33P (g.v.w.11,00kg) Kenderaan ini milik salah satu agensi kerajaan. Kenderaan ini boleh mengangkut bebanan sebanyak 6-7 tan barangan. Panjang barangan yang boleh dibawa oleh kenderaan ini lebih kurang 20 kaki panjang. panjang keseluruhan bagi badan lori dan crane ialah 24 kaki. Badan yang terdiri daripada kayu resak adalah standard. Disamping itu boleh dipasang dengan pagar kayu atau besi bagi mengikat barangan yang di bawa.

Bebanan yang boleh diangkat pula oleh crane yang dipasang ialah diantar 5-8 tan disebelah sisi kenderaan manakala bagi barang yang diangkat dari sebelah belakang pula lebih kuran 500 hingga 800 kg sahaja. Penggunaan crane adalah salah satu cara mudah untuk memindahkan barangan. Sifat kendiri pada kenderaan dapat dikekalkan dan boleh beroperasi dalam jarak jauh dari pengkalan dengan sendiri dengan operator yang minima.

Chassis yang diberi nama Isuzu FSR 33P ini dilengkapi dengan engin 8.2 c.c dengan 200hp (euro 2). dengan panjang badan standard adalah 24 kaki. Ianya adalah satu pelaburan yang menguntungkan kerana model ini boleh mengangkut diantara 6-7 tan barangan bergantung kepada jenis bandan dan kegunaan. Dantara model yang banyak digunakan oleh agensi kerajaan disebabkan oleh kelangsungan hidupnya yang tahan lasak.

SUPER FTR33R WOODEN BODY

FTR33R wooden body (g.v.w. 16t) model ini dilengkapi dengan badan yang panjangnya 27 kaki. Dengan injin 8.2 c.c. Euro 1 ia merupakan salah satu model yang menjimatkan minyak serta mudah diselenggarakan. Selain dari kos penyelenggaraan yang murah model ini menjadi pilihan agensi kerajaan dan beberapa syarikat korporat yang besar.

Dengan panjang badan yang terpanjang dalam kelasnya, FTR33R dan boleh dipanjangkan semaksima 33 kaki bagi kegunaan kelas badan yang tertentu seperti motocycle carrier dsb.

WOODEN BODY WITH TAIL LIFT

MTB150DX wooden cargo body with iron side railing, canvas frame, canvas and 1.5t tail lift

BOX VAN - SLIDING DOOR

MTB 145 (4.5t) box van with sliding door and windbreaker

STANDARD WOODEN BODY


MTB 145 (4.5t) standard wooden body with wooden side railing

WOODEN CARGO BODY

Hicom Perkasa MTB145 Wooden Cargo Body. Brand Hicom Perkasa telah diganti dengan nama brand asal iaitu Isuzu. So automatiknya model pun bertukar nama...dari MTB 145 kepada NKR55UEE/H. Untuk model Isuzu, IMSB trlah memperkenalkan model NKR55UEE dan UEEH. Harga jangan risau...harga dia sama aje antara kedua model ini. Perbezaan antar kedua model ini hanya pada final gear ratio dia...mudah cakap, satu untuk laju satu lagi untuk power (utuk naik bukit)..spek lain sama aje.

Teknikal spesifiakis dia, c.c. 2.8 l, BDM 4.5 tan, payload lebih kurang 2.3 tan.power steering, aircond dengan exhaust brake, panjang badan 10 kaki tapi boleh dipanjangkan sehingga 12 kaki. Biasanya orang akan cakap lori satu tan...ni la dia rupa dia...

Gambar diatas datang dengan wooden cargo body..yang selalu kita jumpa kat atas jalan raya. Ianya boleh dipasang dengan pagar kayu atau pagar besi...Tapi kalau pagar kayu hanya side kiri dan kanan aje boleh pasang...belakang tak boleh..tapi kalau pagar besi, side kiri dan kanan serta belakang pun boleh pasang....disamping itu, dipasang dengan canvas frame beserta dengan canvas.

Biasanya pengedar akan memasang kayu jenis keras..samada jenis meranti atau setaraf dengannya. Kalau nak kuat sikit boleh pilih jenis fully resak. Harga ada extra sikit ....tak sampai RM 1K. kalau nak pasang chengal pun boleh tapi berat sangat...ada pelanggan pasang chengal pada lantai aje....

Model ini juga boleh dilengkapi dengan aksesori taillift yang boleh mengangkat bebanan berat 750 kg hingga 1,000 kg. Taillift ini ada buatan China ada juga buatan dari Eropah...harga tak banyak beza...baik pakai jenama Eropah tak pening kepala..





WOODEN BODY-FOR CATERING USE

MTB150DXL- wooden body fully reseak with 4 feet iron side railing and 'H' bar -suitable for catering company. Katering dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa khemah perlu ada lori macam ini. Basicnya lori ini macam lori cargo lain, tapi ditambah nilai akan kegunaan dengan menambah aksesorinya sedikit.


Dengan menggunakan model Hicom Perkasa MTB 150dxl atau Isuzu NPR66UPH yang mempunyai panjang badan 17 kaki. kita dapat memanjangkan badannya sampai 22 kaki dengan memasang drawer awas barang-barang panjang. Jika kita mempunyai khemah 25 kaki, kita boleh meletakkan tiang diatas kabin hadapan (dengan syarat tidak lebih dari kabin hadapan) hinggalah ke belakang.


Bagi membawa kerusi baik kerusi plastik atau banquet, kita boleh menyusun secara menegak. Dan diikat pada pagar besi supaya tidak terjatuh apabila kona baring nanti....kalau hujan, cukuplah hanya menutup dengan canvas (free stail canvas - canvas serkup).

Terkini, bagi model Isuzu, kelulusan yang berikan oleh pihak JPJ ialah pagar sisi tidak boleh lagi dibuat 4 kaki sekaligus tetapi hendaklah dibuat 2 kaki + 2 kaki. Ini akan menjadikan pagar sisinya menjadi 11 keping. Ianya dibuayt diatas alasan keselamatan di jalan raya.

Bagi model ini juga terdapat option dalam panjang badannya. Pihak berkuasa telah memberi kelulusan supaya badannya dapat dipanjangkan menjadi 20 kaki. Namun terdapat kekangan kepada pelanggan apabila BTM akan menjadi lebih daripada 3,000 kg bergantung kepada jenis badan. Terdapat juga jenis-jenis badan yang idak diluluskan bagi model yang dipanjangkan badannya seperti wooden body dengan tail lift serta corrugated box kerana BTMnya hampir-hampir menjadi 4500 kg...jadi berapa sahaja yang kita boleh bawa....

Friday, May 22, 2009

5 cu.m COMPACTOR

Mini compactor (3t) . Dipasang pada chasis MTB 170 (UV) (7,700KG). Compactor pada saiz ini tidak berapa digemari oleh kontraktor kepada isian sampah sedikit selain harganya tidak jauh beza dengan yang bersaiz besar. Pembinaan badannya perlu berhati-hati kepada akan berlaku lebihan muatan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa. Oleh itu amat jarang kita dapat lihat model lori 7 tan dipasang dengan badan jenis compactor.

Pemilik kenderaan diatas adalah salah satu agensi kerajaan yang mempunyai kawasan perlu diselenggara yang luas. Jesteru, penggunaan kompactor adalah amat baik dalam menguruskan sisa pepejal.

Kalau di Jepun, lori-lori compactor bersaiz kecil digunakan kerana lorong-lorong diantara bangunan. Material bagi badan compactor disana adalah campuran diantara fibre glass dengan Mild Steel dan compactor disana juga dilengkapi dengan sistem dumping bagi mengeluarkan sampah yang telah dipungut. Maka lori lebih pendek dan compact berbanding dengan lori yang diatas lebih panjang dengan besroda 3,815mm

14/16 cu.m COMPACTOR


Isuzu FTR33R (16t) -refuse compactor. Standard size yg selalu digunakan oleh konraktor. 16cu.m.

20cu.m COMPACTOR

Garbage compactor (21/24t) - 6X2/4 -CXZ81MRD . KPKT mensyaratkan kepada kontraktor pegurussan sampah menggunakan compactor dan bukan lagi lor open tipper...

Tuesday, May 19, 2009

CAR CARRIER

MTB 150dxl Milik Kurnia Insurance - car carrier

REFRIGERATED BOX

Isuzu FVR 33 R Cold Box Body (BDM 21,000kg) (6X2) panjang badan 27 kaki . Milik pengeluar daging burger bumiputera terbear di Malaysia. Kenderaan ini dipasang dengan cold box dengan sub injin berjenama Thermo King. Badannya dibuat daripada aluminum jenis corrugated dibahagian luar.



FIRE ENGINE

bhg Isuzu FSS (4WD) light fire engine milik Malaysia Airport Bhd

ARMED TRUCK

Isuzu FTR32R Armed Truck c/w.Corrugated Box

TRACTOR HEAR / PRIME MOVER



Isuzu EXZ (the heaviest isuzu range in Malaysia)- fully imported

KTM DISTRIBUTION

Majlis Penyerahan 4 unit lori aru untuk kegunaan KTMD . Isuzu FSR 33P (11t)

DMAX-LIGHT RESCUE VEHICLE



Isuzu D-max -Light Resque Vehicle owned by MRT Thailand. Can be use by JPA3, Bomba or other emergency/rescue unit in Malaysia.

HANDALAN ll

Hicom Handalan ll (10t) -4WD general cargo service milik Bomba Dan Penyelamat Malaysia

HANDALAN



Hicom Handalan / Isuzu FSS33G General Cargo Milik Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Ada sesetengah dilengkapi dengan tail lift. Model ini asalnya dikategorikan dengan BDN 11,000 kg dengan double tayar dibelakang tetapi dikategorikan semula sebagai trak 3 tan dengan single tayar dibelakang.
Dengan c.c. 8226 dan 200 hp ianya dipacu oleh pacuan 4 road dan option dengan pacuan 2 roda. Sekilas pandang, model ini sama dengan model yang digunakan oleh pihak ATM, namun ada beberapa spesifikasi yang berbeza yang digunakan oleh pihak ATM. Trak model ini kebanyakannya digunakan oleh jabatan kerajaan seperti JPAM, Bomba, Polis, Jabatan Orang Asli dan lain-lain dan hanya sedikit digunakan oleh pelanggan runcit.

RODEO-LIGHT RESCUE VEHICLE

Isuzu TFS (Rodeo) -(4WD) Light Resque Vehicle

Friday, May 15, 2009

MTB150DXL - LONG BODY

Hicom Perkasa MTB 150DXL wooden body . body length 20 feet + awas brg2 panjang drawer = 25 feet. Overall length 28 feet. just immagine 5 ton truck such this length?!!!..........

Trak ini sesuai untuk kegunaan pengusaha signboard, paip, khemah dan kanopi dan lain-lain.

PRIME MOVER









Prime mover ini kalau tak silap dibeli oleh kerajaan untuk kegunaan Rdio Televisyen Malaysia (RTM) bersempena dengan pengajuran sukan Komenvel 1998 di Bukit Jalil. Semasa temasya sukan berlangsung prime mover ini tak sempat lagi di daftarkan . Ianya diimport terus dari Jepun. Model EXZ 6X4 lebih kurang 360 hp.


Penarik utama ini menarik OV van milik RTM. Sehingga sekarang masih lagi dapat dilihat ianya digunakan dalam siaran langsung yang melibatkan RTM. Kalau untuk kegunaan komersial, GCW bagi kenderaan in ialah bermula dari 38,000 kg hinggalah 50,000 kg.


Selain dari model 6X4 terdapat juga model 4X2 yang dikenali sebagai EXR. Ada juga model modifikasi yang menambah gandar belakang dari 4X2 kepada 6X2 yang ada lazy axle. Di Malaysia hanya terdapat sebilangan kecil sahaja meluncur di jalan entah dimana silapnya hanya pelanggan di Malaysia tidak berminat dengan prime mover Isuzu. Walhal dari segi teknikalnya ia mempunyai spesifikasi teknikal yang tinggi pada harga yang berpatutan serta khidmat lepas jualan yang boleh diharapkan.

6X4 / 2


Isuzu FVM/Z (6X2/4) -(21t to 26t)- this model not available in Malaysia

Thursday, May 14, 2009

TIPEER WITH STEEL SIDE RAILING



Hicom Perkasa MTB 150dx wooden tipper body c/w. iron side railing (gvw 5t) - kebanyakan dibeli oleh peneroka-peneroka felda wilayah pantai timur

STANDARD WOODEN TIPPER



Hicom Perkasa MTB 145 standard wooden tipper body (gvw 4.5t). Tinggi pagar sisinya 2 kaki. Dengan menggunakan jack sistem jenis tensuki (baru) ianya dapat mengangkat bebanan pasir @ tanah sehingga 3-4 tan.

STEEL TIPPER/DUMPER


Isuzu FSR 33H Standard Steel Tipper milik JKR

WOODEN TIPPER BODY WITH SIDE RAILING







Hicom Perkasa MTB 145 wooden tipper body c/w. wooden side railing ( Body Height 2 + 2).



Ini contoh tipper body yang punya pagar sisi tinggi. Pagar sisi ini boleh dicabut apabila tak mahu digunakan. Biasanya pelanggan yang menggunakan pagar macam ini ialah pelanggan yang membawa habuk/debu atau pelanggan yang mendapat kontrak mengangkut sampah .



Dengan muatan hampir 2.3 tan, ianya pasti tak dikacauganggu oleh pihak berkuasa. Kalau kacau pun kenalah tunjuk PG11A pada mereka. Kalau sendiri tambah tanpa kebenaran tanggunglah. Sebaiknya masa pembelian dibuat bagitahu jurujual apa yang kita mahukan sejelas-jelasnya. Jangan kemudian hjari kita tambah sendiri dan kena tangkap mula nak point jurujual.

MTB150DX WOODEN TIPPER BODY



Hicom Perkasa MTB150dx Wooden Tipper Body (dinding tinggi 2 kaki) (gvw5t)

FTR32R RORO






Isuzu FTR32R (UBS) Roro (gvw 18t) milik salah sebuah syarikat pembersihan di Selangor. Dengan berat tanpa muatan lebih kurang 6 tan, lori ini menarik tong sampah yang sarat dengan sampah sehingga berat 12 tan.


Tong-tong sampah yang ditinggalkan ditempah pembuangan sampah seperti di pasar-pasar, rumah flat, pusat membeli belah. Apabila telah sampai masa ditarik akan ditarik dan sampah tersebut akan dibuang ke tempat pelupusan sampah milik PBT.


Ada juga kontraktor yang memperluaskan fungsi kegunaan RORO ini dengan mengantikan tong sampah dengan tangki air. Jika mereka mendapat kerja menyelenggara langskap, mereka boleh menggunakan RORO beserta tangki air untuk menyiram air atau meracun langskap mereka. Atau kerja-kerja mencuci jalan.


Kalau di Jabatan kerajaan banyak lagi fungsi yang boleh kita gunakan dengan menggunakan sistem RORO. Antaranya Sistem pemadaman kebakaran, Pam air, Klinik Bergerak, Sistem dapur bergerak, Office bergerak dan macam-macam lagi.


Walau bagaimanapun buat masa ini fungsi RORO hanyalah untuk mengangkut sampah. Fungsi yang lain belum lagi diperluaskan.

WOODEN TIPPER BODY





Hicom Perkasa MTB 145 Wooden Tipper Body c/w. wooden side railing. Penggunaan wooden side railing menjadi kebiasaan dan kos murah. Namun hanya 2 pagar sisi sahaja yang dibenarkan dipasang iaitu dikiri dan kanan badan berbanding dengan pagar besi yang boleh dipasang dibelakang termasuk juga di kiri dan kanan badan.

RORO









  • ISUZU CXZ Roll On Roll Off (RORO) (g.v.w. 21-24t) Menggunakan pacuan 6X4 dan juga boleh ditukar menjadi pacuan 6X2 dengan hanya menekan satu butang sahaja. RoRo ini dilengkapi dengan stabilizer bar dan menggunakan gear pump bagi sistem hydarulicnya.

MTB145 STEEL TIPPER BODY



Hicom Perkasa MTB 145 Steel Tipper (gvw 4.5t)

STEEL TIPPPER




Hicom Perkasa MTB 150Dx Steel Tipper (gvw 5t). Dropside @ pagar sisinya setinggi 1kaki + 1kaki pagar sisi mudah alih.

MTB 150DX TIPPER/DUMPER

Hicom Perkasa MTB 150DX (GVW 5000KG) milik salah sebuah PBT di Selangor. tinggi sidewall hanyalah satu kaki. Muatan yang boleh dibawa hanya 2 tan sahaja. Lori ini hanya boleh mengangkut tanah dan pasir sahaja. Terdapat kekangan untuk mengangkut barangan lain seperti sampah kebun. Ini kerana ketinggian sidewall yang rendah menyebabkan kekangan ini berlaku. Kesian pada kakitangan PBT tersebut apabila jumpa dengan jurujual yang kurang faham tentang fungsi dan tugas PBT (PBT yang budget ciput). Seeloknya mereka diperkenalkan dengan model yang lebih besar muatannya seperti MTB170UV (7,700 kg) dan dengan sidewall yang lebih tinggi (2kaki + 2 kaki) supaya kegunaannya dapat dipelbagaikan. Ini akan menjimatkan wang rakyat.

FTR33R STEEL TIPPER/DUMPER




Ini pula Isuzu FTR33R Steel Tipper Milik Alam Flora Sdn. Bhd. (16ton). Pagar sisinya tinggi lebih kurang 4 kaki...sesuai untuk mengangkut sampah domestik dan komersial.

Wednesday, May 13, 2009

STEEL TIPPER/DUMPER





Isuzu FSR 33P Milik salah sebuah PBT. Sidewall 4 feet Height-for loose garbage and sampah kebun. Tapi sidewall belakang hanya dibenarkan 2 kaki sahaja. Lori tipper/ dumper ini amat digemari oleh pihak PBT. ini kerana sidewallnya yang tinggi membolehkan mereka membawa sampah dan muatan yang lebih. Kalau tanah sahaja mmemang tak boleh tinggi macam ini kerana tanah berat.


Dengan kelulusan istimewa dan sedikit extra modal, syarikat-syarikat pembersihan boleh juga mendapat kebenaran untuk sidewall 4 kaki ini. Yang penting kelulusan daripada pihak JPJ. Kalau ada kelulusan tak senak perut nak bayar saman dan kompaun. Oleh itu rujuklah kepada jurujual yang berpengalaman. Tak ramai jurujual yang tahu pasal ini.