Friday, May 15, 2009

PRIME MOVER









Prime mover ini kalau tak silap dibeli oleh kerajaan untuk kegunaan Rdio Televisyen Malaysia (RTM) bersempena dengan pengajuran sukan Komenvel 1998 di Bukit Jalil. Semasa temasya sukan berlangsung prime mover ini tak sempat lagi di daftarkan . Ianya diimport terus dari Jepun. Model EXZ 6X4 lebih kurang 360 hp.


Penarik utama ini menarik OV van milik RTM. Sehingga sekarang masih lagi dapat dilihat ianya digunakan dalam siaran langsung yang melibatkan RTM. Kalau untuk kegunaan komersial, GCW bagi kenderaan in ialah bermula dari 38,000 kg hinggalah 50,000 kg.


Selain dari model 6X4 terdapat juga model 4X2 yang dikenali sebagai EXR. Ada juga model modifikasi yang menambah gandar belakang dari 4X2 kepada 6X2 yang ada lazy axle. Di Malaysia hanya terdapat sebilangan kecil sahaja meluncur di jalan entah dimana silapnya hanya pelanggan di Malaysia tidak berminat dengan prime mover Isuzu. Walhal dari segi teknikalnya ia mempunyai spesifikasi teknikal yang tinggi pada harga yang berpatutan serta khidmat lepas jualan yang boleh diharapkan.

No comments:

Post a Comment