Wednesday, May 27, 2009
REFRIGERATED BOX
Tuesday, May 26, 2009
TRAFFIC DIRECTIF
SUPER AMBULANCE
ISUZU C series - super ambulance owned by Japanese disaster agencies Kenderaan ini merupakan hospital bergerak. Ia boleh dioperasikan di medan dengan sedikit persiapan dalam tempoh yang singkat. Dimuatkan diatas chasis Isuzu 'C' series kenderaan ini mempunyai pacuan 6X4 dengan pilihan 6X2. manakala panjang badannya dianggarkan 30 kaki panjang dan dilengkapi dengan 'air-suspension'. Badannya boleh dilungsurkan bagi menambah ruangan kerja. Konsep kendiri kenderaan ini membolehkan ianya beroperasi dalam jarak yang jauh dari pusat operasinya tanpa bantuan dari lain-lain kenderaan. ini kerana peralatan yang mapu dibawanya lengkap sehingga ia boleh melakukan pembedahan medan.D-MAX LIGHT RESCUE VEHICLE
Dmax light rescue vehicle owned by Civil Defence Singapore. Kebelakangan ini trend pasukan penyelamat menggunakan kenderaan jenis ini bagi menjalani tugasan menyelamat. Di Malaysia, Pihak Bomba dan penyelamat telah mempelopori usaha dalam menggunakan ini dalam menjalankan tugasan ini. Malah Isuzu Dmax telah menjadi salah satu 'light resque vehicle' yang telah diubahsuai dan dilengkapi dengan peralatan memadam dan menyelamat. Berbeza dengan Toyota Hilux milik Bomba yang lebih menjalankan tugasan am, Isuzu Dmax milik mereka dilengkapi dengan peralatan khusus dan canggih bagi menjalankan tugasan mereka.MOBILE KITCHEN
MTB170UV (7.7t) mobile kitchen owned by Ayamas Bhd Sekali imbas ianaya seperti lori-lori box lain, namun ianya sebenarnya adalah sebuah dapur bergerak bagi mempromosikan dan memasarkan produk keluaran syarikat mereka. Trend pemasaran syarikat-syarikat sekarang yang membawakan makanan kepada kita yang sibuk seharian ini, Ianya lengkap dengan segala keperluan untuk memasak, menggoreng, memanggang hinggalah urusan penjualan dan pembelian. Kita tidak lagi perlu beratur dan berbaris serta mencari lokasi restorannya untuk mendapatkan makanan ini kerana mereka datang hampir dengan kita.ISUZU FSS 4X4 GENERAL CARGO SERVICE
Isuzu FSS 33g (10t) -4WD - general cargo service owned by JPA3Kenderaan ini haanya digunakan oleh jabatan tertentu sahaja di Malaysia terdapat juga beberapa syarikat swasta menggunakan kenderaan ini dalam tugasan mereka. Dengan kekuatan enjin 8.2 c.c. serta pacuan 4 roda, kenderaan ini dilihat banyak digunakan oleh agensi keselamatan negara. pun begitu terdapat beberapa perbezaan diantara kenderaan yang digunakan oleh pihak tentera dengan agensi keselamatan yabng lain.
Gamabar diatas menunjukkan kenderaan milik JPAM (dalam skima warna jabatan yang lama) ianya adalah untuk tugasan am dan dilengkapi dengan winch dibahagian belakang. Kenderaan ini boleh menarik bebanan sehingga 5 tan. Dengan ketinggian yang tinggi, kenderaan ini berupaya mengharungi air sedalam 1.5 hingga 2 meter.
BOX VAN WITH TAIL LIFT
MTB 170UV (7.7) box van with 1.5 t tail lift Kenderaan ini senang untuk kita melihatnya. Box Van yang dilengkapi dengan tail lift . Bagi industri pengangkutan lori box ini dilihat lebih selamat dalam mengangkut barangan. Ini kerana barangan akan selamat dikunci didalamnya dan tidak perlu risau akan kecurian berbandingan dengan lori kargo biasa. Bagi kategori ini taillift yang biasanya dipasang adalah sedari bebanan angkatan 750 kg hinggalah 1.5 tan. Penggunaan tail lift akan mengurangkan tenaga kerja dan meringan serta memudahkan pekerja mengangkat barangan masuk kedalam atau memunggah keluar dari lori.CURTAIN SIDER
MTB15DXL (5t) corrugated box curtain sider. Senang untuk memunggah dan memuatkan muatan. Amat digemari oleh transporter. Model yang ditunjukkan dalam gambar adalah model MTB 1650DXL yang panjangnya 17 kaki. Optionnya 20 kaki. Boleh dilengkapi oleh side railing dibahagian dalam body.CARGO WITH CRANE

SUPER FTR33R WOODEN BODY
FTR33R wooden body (g.v.w. 16t) model ini dilengkapi dengan badan yang panjangnya 27 kaki. Dengan injin 8.2 c.c. Euro 1 ia merupakan salah satu model yang menjimatkan minyak serta mudah diselenggarakan. Selain dari kos penyelenggaraan yang murah model ini menjadi pilihan agensi kerajaan dan beberapa syarikat korporat yang besar. WOODEN CARGO BODY
Hicom Perkasa MTB145 Wooden Cargo Body. Brand Hicom Perkasa telah diganti dengan nama brand asal iaitu Isuzu. So automatiknya model pun bertukar nama...dari MTB 145 kepada NKR55UEE/H. Untuk model Isuzu, IMSB trlah memperkenalkan model NKR55UEE dan UEEH. Harga jangan risau...harga dia sama aje antara kedua model ini. Perbezaan antar kedua model ini hanya pada final gear ratio dia...mudah cakap, satu untuk laju satu lagi untuk power (utuk naik bukit)..spek lain sama aje.WOODEN BODY-FOR CATERING USE
MTB150DXL- wooden body fully reseak with 4 feet iron side railing and 'H' bar -suitable for catering company. Katering dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa khemah perlu ada lori macam ini. Basicnya lori ini macam lori cargo lain, tapi ditambah nilai akan kegunaan dengan menambah aksesorinya sedikit.Friday, May 22, 2009
5 cu.m COMPACTOR
Mini compactor (3t) . Dipasang pada chasis MTB 170 (UV) (7,700KG). Compactor pada saiz ini tidak berapa digemari oleh kontraktor kepada isian sampah sedikit selain harganya tidak jauh beza dengan yang bersaiz besar. Pembinaan badannya perlu berhati-hati kepada akan berlaku lebihan muatan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa. Oleh itu amat jarang kita dapat lihat model lori 7 tan dipasang dengan badan jenis compactor.20cu.m COMPACTOR
Tuesday, May 19, 2009
REFRIGERATED BOX
DMAX-LIGHT RESCUE VEHICLE
HANDALAN

Friday, May 15, 2009
MTB150DXL - LONG BODY
PRIME MOVER

Prime mover ini kalau tak silap dibeli oleh kerajaan untuk kegunaan Rdio Televisyen Malaysia (RTM) bersempena dengan pengajuran sukan Komenvel 1998 di Bukit Jalil. Semasa temasya sukan berlangsung prime mover ini tak sempat lagi di daftarkan . Ianya diimport terus dari Jepun. Model EXZ 6X4 lebih kurang 360 hp.
Penarik utama ini menarik OV van milik RTM. Sehingga sekarang masih lagi dapat dilihat ianya digunakan dalam siaran langsung yang melibatkan RTM. Kalau untuk kegunaan komersial, GCW bagi kenderaan in ialah bermula dari 38,000 kg hinggalah 50,000 kg.
Selain dari model 6X4 terdapat juga model 4X2 yang dikenali sebagai EXR. Ada juga model modifikasi yang menambah gandar belakang dari 4X2 kepada 6X2 yang ada lazy axle. Di Malaysia hanya terdapat sebilangan kecil sahaja meluncur di jalan entah dimana silapnya hanya pelanggan di Malaysia tidak berminat dengan prime mover Isuzu. Walhal dari segi teknikalnya ia mempunyai spesifikasi teknikal yang tinggi pada harga yang berpatutan serta khidmat lepas jualan yang boleh diharapkan.
Thursday, May 14, 2009
TIPEER WITH STEEL SIDE RAILING
STANDARD WOODEN TIPPER
WOODEN TIPPER BODY WITH SIDE RAILING
Hicom Perkasa MTB 145 wooden tipper body c/w. wooden side railing ( Body Height 2 + 2).










