Tuesday, May 26, 2009

CURTAIN SIDER

MTB15DXL (5t) corrugated box curtain sider. Senang untuk memunggah dan memuatkan muatan. Amat digemari oleh transporter. Model yang ditunjukkan dalam gambar adalah model MTB 1650DXL yang panjangnya 17 kaki. Optionnya 20 kaki. Boleh dilengkapi oleh side railing dibahagian dalam body.


Bagi Model Isuzu NPR66UPL,ULH,UPH (5,000kg hingga 7,700 kg) juga boleh dilengkapi dengan box curtain sider ini. tentang harga, mahal sikit dari box curragated box. Canvasnya perlu dijaga dan diganti mengikut keadaan. Kos ganti bagi canvas ini juga bukan murah....so kalau nak pakai kena fikirkan tentang projek yang mensyaratkan pemakainanya sahaja. Jangan buang duit pada perkara yang kita tak perlu.


Badan kotaknya boleh dibuat daripada jenis aluminum biasa mahupun jenis corrugated. Saya cadangkan pakai corrugated box lebih tahan. Lantai biasanya dipasang denga plywood jenis water proof. Ada owner pasang extra denga pasang MS plate hinggalah stainless steel (owner yang poket tebal) ukuran dari 0.5 mm hinggalah 3.0mm. Buat masa sekarang pemasangan ini perlu mendapatkan kelulusan dari Jabatan Kejuruteraan JPJ Putrajaya. dan perlu dibuat pemeriksaan khas di puspakom dan dicop sah oleh JPJ negeri.




No comments:

Post a Comment