Wednesday, May 27, 2009

REFRIGERATED BOX



MTB145 (4.5t) with refrigerated box. Panjang badan adalah 10 kaki. Bahagian dalaman boleh dibahagikan kepada beberapa kompartment mengikut kesesuaian pelanggan. Manakala sistem penyejuk beku boleh diselaraskan daripada -25 hinggalah 30 darjah. Bagi sub engine yang digunakan bagi penyejukkan terdapat dari model terkenal seperti Thermo King, Mitsubishi hinggalah kepada buatan China dan harga bergantung kepada mutu dan ketahanan sesuatu model penyejuk tersebut.

Biasanya bagi model lori 4 tayar ini (tak kira apa jenama) apabila dipasang sistem penyejukan untuk badan lori maka sistem penghawa dingin bagi cabin hadapan terpaksa dicabut. Walaubagaimanapun, dengan sedikit modifikasi dibuat, maka pemandu akan mendapat kedinginan dan keselesaan memandu.

Biasanya para jurujual menawarkan model yang basic sahaja bagi kegunaan pelanggan. Malah pelanggan inginkan model yang murah tetapi mempunyai ketahanan yang maksimum. Ingat anda membayar mengikut apa yang anda pilih....Terdapat mereka yang membekalkan kotak sajaha, membekalkan kotak dengan sub engin sahaja dan paling high end dengan electrical stand by unit. Anda pilih sendiri mana yang bersesuaian dengan keperluan kerja anda dan ketebalan poket anda..

No comments:

Post a Comment