Tuesday, May 26, 2009

MOBILE KITCHEN

MTB170UV (7.7t) mobile kitchen owned by Ayamas Bhd Sekali imbas ianaya seperti lori-lori box lain, namun ianya sebenarnya adalah sebuah dapur bergerak bagi mempromosikan dan memasarkan produk keluaran syarikat mereka. Trend pemasaran syarikat-syarikat sekarang yang membawakan makanan kepada kita yang sibuk seharian ini, Ianya lengkap dengan segala keperluan untuk memasak, menggoreng, memanggang hinggalah urusan penjualan dan pembelian. Kita tidak lagi perlu beratur dan berbaris serta mencari lokasi restorannya untuk mendapatkan makanan ini kerana mereka datang hampir dengan kita.

Dimuatkan diatas chassis Hicom Perkasa MTB170UV, dengan BDM 7,700kg kenderaan ini tidaklah terlalu besar untuk memasuki lorong dan jalan sempit di sekitar taman perumahan. Malahan ianya dibawah kategori bukan kenderaan yang dilarang memasuki Kuala Lumpur dalam tempoh tertentu.

No comments:

Post a Comment