Tuesday, May 26, 2009

WOODEN BODY-FOR CATERING USE

MTB150DXL- wooden body fully reseak with 4 feet iron side railing and 'H' bar -suitable for catering company. Katering dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa khemah perlu ada lori macam ini. Basicnya lori ini macam lori cargo lain, tapi ditambah nilai akan kegunaan dengan menambah aksesorinya sedikit.


Dengan menggunakan model Hicom Perkasa MTB 150dxl atau Isuzu NPR66UPH yang mempunyai panjang badan 17 kaki. kita dapat memanjangkan badannya sampai 22 kaki dengan memasang drawer awas barang-barang panjang. Jika kita mempunyai khemah 25 kaki, kita boleh meletakkan tiang diatas kabin hadapan (dengan syarat tidak lebih dari kabin hadapan) hinggalah ke belakang.


Bagi membawa kerusi baik kerusi plastik atau banquet, kita boleh menyusun secara menegak. Dan diikat pada pagar besi supaya tidak terjatuh apabila kona baring nanti....kalau hujan, cukuplah hanya menutup dengan canvas (free stail canvas - canvas serkup).

Terkini, bagi model Isuzu, kelulusan yang berikan oleh pihak JPJ ialah pagar sisi tidak boleh lagi dibuat 4 kaki sekaligus tetapi hendaklah dibuat 2 kaki + 2 kaki. Ini akan menjadikan pagar sisinya menjadi 11 keping. Ianya dibuayt diatas alasan keselamatan di jalan raya.

Bagi model ini juga terdapat option dalam panjang badannya. Pihak berkuasa telah memberi kelulusan supaya badannya dapat dipanjangkan menjadi 20 kaki. Namun terdapat kekangan kepada pelanggan apabila BTM akan menjadi lebih daripada 3,000 kg bergantung kepada jenis badan. Terdapat juga jenis-jenis badan yang idak diluluskan bagi model yang dipanjangkan badannya seperti wooden body dengan tail lift serta corrugated box kerana BTMnya hampir-hampir menjadi 4500 kg...jadi berapa sahaja yang kita boleh bawa....

3 comments:

  1. dear sir,

    i'm RV and looking 3 or 5 tonne second hand lorry with wooden cargo..
    i need it urgently.
    Please Reply me to
    angelmustbekill@gmail.com

    ReplyDelete
  2. I want buy lorry how I contacted u bro

    ReplyDelete