Tuesday, May 26, 2009

WOODEN CARGO BODY

Hicom Perkasa MTB145 Wooden Cargo Body. Brand Hicom Perkasa telah diganti dengan nama brand asal iaitu Isuzu. So automatiknya model pun bertukar nama...dari MTB 145 kepada NKR55UEE/H. Untuk model Isuzu, IMSB trlah memperkenalkan model NKR55UEE dan UEEH. Harga jangan risau...harga dia sama aje antara kedua model ini. Perbezaan antar kedua model ini hanya pada final gear ratio dia...mudah cakap, satu untuk laju satu lagi untuk power (utuk naik bukit)..spek lain sama aje.

Teknikal spesifiakis dia, c.c. 2.8 l, BDM 4.5 tan, payload lebih kurang 2.3 tan.power steering, aircond dengan exhaust brake, panjang badan 10 kaki tapi boleh dipanjangkan sehingga 12 kaki. Biasanya orang akan cakap lori satu tan...ni la dia rupa dia...

Gambar diatas datang dengan wooden cargo body..yang selalu kita jumpa kat atas jalan raya. Ianya boleh dipasang dengan pagar kayu atau pagar besi...Tapi kalau pagar kayu hanya side kiri dan kanan aje boleh pasang...belakang tak boleh..tapi kalau pagar besi, side kiri dan kanan serta belakang pun boleh pasang....disamping itu, dipasang dengan canvas frame beserta dengan canvas.

Biasanya pengedar akan memasang kayu jenis keras..samada jenis meranti atau setaraf dengannya. Kalau nak kuat sikit boleh pilih jenis fully resak. Harga ada extra sikit ....tak sampai RM 1K. kalau nak pasang chengal pun boleh tapi berat sangat...ada pelanggan pasang chengal pada lantai aje....

Model ini juga boleh dilengkapi dengan aksesori taillift yang boleh mengangkat bebanan berat 750 kg hingga 1,000 kg. Taillift ini ada buatan China ada juga buatan dari Eropah...harga tak banyak beza...baik pakai jenama Eropah tak pening kepala..





No comments:

Post a Comment